Powered By Blogger

Saturday, April 9, 2011

Idea-idea untuk kerja sendiri

Untuk tahun ni ai dah pasang niat nak ber"bisnes" bila cukup modal nanti. Nanti tu bukan esok@ lusa, 2,3@4 bulan punye nanti..n modal tu bukanlah modal ribu-riban. Lagi bagus kalau modal tu bawah rm500.00, tu yang seminggu dua kepala ai dok berpikir. Ini yang bermain-main kat pikiran ai..kalau:
  1. meniaga makanan~banyak jenis makanan yang tak sedap pun boleh jual. tapi ai tak nak lah sekejam tu n ai sedar sendiri ai masak untuk makan anak-beranak okaylah. Risiko cuaca yang tak menentu sekarang, lagipun kot tak abis@tak laku dah rugi pulak. REJECT.
  2. meniaga pakaian, tudung,aksesori@blog~dah banyak yang buat n modal pun besar. kena ambil cara borong n standby modal untuk rolling. LECEH.
  3. meniaga hamper~okay jugak tapi kena ada banyak contact. Hamper ni nak kata bermusim taklah sangat cuma kat Malaysia ni pasaran tinggi time2 perayaan aje. Idea kena banyak, kena kreatif pastu kena rajin promote. REJECT.
  4. meniaga barangan kraf ~ sekarang dah jadi trend n boleh jual kat flea market @ blog. Ni pun nak kena kreatif @ standby modal ambil dari luar. REJECT.
  5. menjahit baju kurung/langsir/sarung bantal~yang ni memang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas cuma ai takde kemahiran. Tapi ai dah daftar kat Kolej Komuniti ambik kelas menjahit asas hujung bulan ni. Tak mahal uols..rm21 aje. DIPERTIMBANGKAN.
  6. menjual barang keperluan untuk menjahit/mengait~untuk sesiapa yang kat luar sana yang hobinya menjahit/mengait n keperluan tu tak ada dijual di kawasan berhampiran. NOT BAD.
  7. daftar Survey ~ ai rajin tengok kat asiaparttime.com. kalau rasa sesuai boleh daftar nanti diorang akan provide location etc. Survey ni diorang bayar depend pada product apa n biasanya ambik masa dalam 45 min - 2 jam n COD. OKAY.
  8. buat day care (transit)~jaga budak2 lepas abis Tadika/SK. Tak payah ramai sangat, dalam 10 orang pun dah cukup so tak ada kena prosedur daftar JKM. Biasa kalau Tadika caj RM150 seorang n SK caj RM120 seorang. Tapi kenalah cari seorang pembantu untuk tolong. Bgi gaji RM500 rasanya OK KOT?
  9. transport budak sekolah~ni pun okay sebab tak leceh cuma tangan pegang stering. Sesuai sangat untuk yang ada van kat rumah tapi tak bergerak. Kalau pakai kereta pun boleh cuma tak ramai la boleh angkut. Kalau area dekat biasa dalam RM25, jauh sikit RM50 n kalau di luar kawasan RM100-120. PUN OKAY.
Macam ai yang jadi mak n ayah ni cukup berat hati kalau tak nampak anak2 depan mata. Kekadang terlintas jugak hati ni nak kerja office balik macam dulu tapi bila dipikir dalam2 ai rasa dah tak sesuai untuk ai. At least sambil ai buat kerja ai still boleh ambik perhatian kat anak2 ai n kos hantar nursery pun takde. Sebenarnya pucuk pangkal hati. Kalau hati tu kuat dan cekal apa sekalipun rintangan semuanya bisa ditanggung beres..