Powered By Blogger

Friday, March 25, 2011

Keselamatan anak-anak di dalam kereta

Kebelakangan ni penekanan terhadap langkah-langkah keselamatan untuk kanak-kanak di dalam kereta semakin diambil serius. Macam ai sendiri sebagai seorang ibu pernah kadangkala lebih mementingkan untuk menyelesaikan sesuatu urusan dengan cepat daripada keselamatan anak-anak sendiri.
Macam-macam yang boleh terjadi sementara kita rasa anak kita selamat untuk seketika. Sebenarnya selamat untuk seketika tu boleh mengundang pelbagai bahaya yang mungkin kita sendiri tak sedar. Contohnya anak-anak mungkin bermain dengan mengeluarkan kepala di tingkap @ keluar dari kereta. Yang paling menakutkan menjadi mangsa yang tak bersalah dilarikan oleh pencuri kenderaan yang mana boleh berlaku dalam sekelip mata.
Jadi jangan tinggalkan anak-anak di dalam kereta walaupun untuk seketika.

Untuk keselamatan:
* Tidak meninggalkan mereka di dalam kereta, yang mana suhu cepat menjadi panas, terutama pada tengahari
* Sentiasa mengunci kereta anda
* Ingatkan anak-anak anda tentang bahaya bermain di kereta sendiri tanpa pengawasan orang dewasa
* Memastikan bahawa anak-anak tidak tertinggal di dalam kenderaan bas @ van
sekolah@kereta sendiri.

No comments:

Post a Comment