Powered By Blogger

Thursday, December 23, 2010

Trip naik RapidKL - LRT

Cuti sekolah kali ni memang tak ada bawak anak2 jalan jauh2..dalam kl aje. Nantilah next year ok sayang mama.
Pagi tadi pukul 11.00 dah keluar rumah dengan anak2 n parking kereta kat area SMK Kg Melayu Subang sebab malas nak drive pegi kl semata-mata menghabiskan duit untuk petrol n parking. Tetiba dalam hati ni terdetik apasal ramai sangat orang kat depan ni..ada Hari Kantin ke, accident ke, orang mengamuk..La, rupa2nya result PMR keluar ari ni da.. Sungguh tak prihatin betul diriku ni ~_~
Dah lama betul tak naik bas, rasa ada dalam 3 tahun. Teruk betul!! Semangat nak naik bas punya pasal sanggup.. Kat area rumah (Taman Bukit Subang) public transport memang hampeh. 4 tahun lepas ada jugak Metro masuk anta sesapa yang nak g Klang, tup2 senyap dah lesap. Bas RapidKL sekarang ni pun paling2 sampai Subang Perdana. Kalau rasa nak g KL kena transfer bas lain.
Azab!! Tapi azab2 pun still sanggup duduk area ni sebab tak havoc macam kat KL. Mana taknye, diriku ni dibesarkan n rumah mak kat Ulu Klang, sekolah kat KL, kerja2 time anak dara sampai anak 3 kat KL..uish pendekata dah jenuh la. Biar duduk jauh sikit je at least kalau raya tu merasa la suasana nak balik kg aka bandar. Anak2 la kesian boring duduk sini cos kalau balik rumah nenek nak pergi mana sume dekat plus dapat naik LRT. Gejala sosial pun kureng sikit..
Dipendekkan cerita, lepas park kereta kat depan Wak Nasi Ayam diriku n anak2 pun berlenggang-kangkung melintas jalan..motip nak tunggu bas U81 g KL. Ada la dalam 15 minit menunggu. Perjalanan mula2 ok tapi keluar dari LTSAS jem sampai Hilton PJ. Nasib drebar bas ni terer plus size bas ni pun buat kereta2 takut sikit..
Nanti continue lagik nak tidur.Nite2..

Wednesday, December 22, 2010

Katalog keperluan sekolah

Terjumpa web price listing untuk kasut-kasut especially kasut sekolah. Jadi untuk ibu2 yang belum beli tu boleh la buat price survey dulu. Baju sekolah pun ada.. Sangat sesuai bagi ibu2 yang ada lebih dari 2 orang anak yang bersekolah... Sila pilih yang mana berkenan.. I bukan sub dealer ke apa tau..just cos sharing is caring (:



http://sooiseng.com.my/catalog/PALLAS/PALLAS-SCHOOL-SHOES


http://eshop.canggih.com.my/index.asp?p=/static/faqs.html

Tuesday, December 21, 2010

My Favourite Tv Channel




Jamie Oliver - The Naked Chef (703)


Chef berbangsa British yang lahir pada
27 Mei 1975 di Essex. Berkahwin dengan bekas model Juliette Norton juga dikenali dengan "Jools". Jamie Oliver mempunyai tiga orang anak perempuan: Poppy Honey, Daisy Boo dan Petal Blossom Rainbow.

Rancangan2 Jamie Oliver
  • Jamie Kitchen
  • Jamie Kitchen Australia
  • The Naked Chef
  • Jamie Tukka Puka
  • Jamie School Dinner
  • Oliver Twist
  • Jamie The Italian Great Escape
  • Jamie at Home
  • Jamie Ministry Of Food

Chasing Mummies
(555)

Siri perjalanan yang penuh adventur oleh seorang pakar kaji sejarah Dr. Zahi Hawass dari Mesir yang cuba membongkar sejarah di bumi Egypt.






GHOST WHISPERER (708)





Ghost Whisperer ialah sebuah siri televisyen berunsur drama, fantasi dan seram seorang yang mengaku dirinya seorang pengantara roh. Siri ini dibintangi Jennifer Love Hewitt, David Conrad, Camryn Manheim, Jay Mohr dan pernah dibintangi Aisha Tyler.

Siri ini mengisahkan watak utama Melinda Gordon (lakonan Jennifer Love Hewitt) yang tinggal di pekan Grandview bersama suaminya Jim Clancy dan mempunyai kebolehan melihat dan berkomunikasi dengan roh-roh si mati.






Sinetron Baru - Bukan Diriku


Hmm..tak habis-habis sinetron dari Indonesia yang berterusan di tayangkan kat Malaysia. Walaupun jalan ceritanya selalu merapu and end up with happily ever after tapi time boring-boring best jugak layan.. Jom tengok sinetron terbaru kat Astro 104 Bukan Diriku...zasss...

Punca Anak-anak Derhaka..

Difailkan di bawah:

PASTI Wilayah Persekutuan

Artikel,Motivasi — pemudawilayah @ 7:21 am

Media massa memainkan peranan penting. Apabila diteliti terlalu kurang filem atau drama yang menayangkan cerita keluarga bahagia dan harmoni. Walaupun pengakhirnya, si anak atau ibu bapa sedar dan bertaubat tetapi proses untuk kearah itu penuh perlakuan tidak sopan, tengking dan herdik serta bermaki hamun.

Kita boleh adakan cerita yang baik. Tidak mustahil seorang anak mengajak adik-adiknya berdoa untuk kesejahteraan ayah mereka. Cium tangan ayah sebaik pulang dan balik kerja, ajak sembahyang jemaah dan sebagainya. Pelikkah kalau ibu bapa praktikkan begitu?

Proses pendidikan yang tidak bermoral turut mempengaruhi. Bagaimana mahu melahirkan anak-anak berakhlak jika di sekolah para guru tidak bermoral? Jika baran dan marah sekalipun, jangan keluarkan perkataan-perkataan celupar seperti bodoh, bengap atau dungu kepada anak murid, kerana kata-kata guru seperti emak, sebahagian daripada doa.

Sabda Nabi saw, “Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukul.”

Jika si anak bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula renggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka.

Anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka. Anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumah tangga.

Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup.

Faktor makanan turut mengganggu jiwa anak-anak dan menjadi aktif tidak menentu. Dalam proses tumbesaran anak-anak, jenis dan mutu makanan sangat penting kerana ia menjadi darah daging. Rasulullah pernah bersabda yang antara lain kisahnya, seorang budak bermain bola dan tertendang masuk ke dalam masjid. Dia masuk ke masjid dan bertembung dengan nabi, dan nabi pun menyebut anak subahat sebanyak tiga kali. Ayahnya runsing dan bertanya kenapa Rasulullah berkata begitu. Bila diperiksa rupanya faktor makanan yang dimakan oleh ayahnya mengganggu tumbesaran si anak. Ia membentuk darah daging dan air mani yang akhirnya membentuk si anak.

Makanan yang baik , pertama halal dan kedua bermutu. Duit halal atau haram turut mengkelaskan jenis makanan. Sebab itu, jika berpendapatan tetap salurkan sedekah atau membayar zakat kerana ia membersih harta. Daripada harta itulah, kita mendapatkan makanan yang akhirnya membentuk darah daging.

DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL

Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan onang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Saidina Umar juga pernah berjumpa budak kecil. Dia menghampiri budak itu dan berkata, “Wahai budak, tolong doakan untukku, agar Tuhan ampunkan dosaku.’ Sahabat-sahabat terkejut dan bertanya, “Ya Umar, kamu khalifah,

Allah dan Rasul telah jamin syurga untuk kamu, kenapa tidak berdoa sendiri.”

Jawab Saidina Umar, budak-budak kecil tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau jumpa budak kecil, baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun anak anak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah.

Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.

Terdapat satu kes, anak mendapat keputusan SPM pangkat dua. Si anak balik menangis dan minta maaf kepada orang tua. Si bapa marah-marah dan herdik seperti melakukan kesalahan terlalu besar. Tidak puas marah, anak dihalau keluar dan tidak bertegur sampai ke hari ini.

Kasihan si anak yang telah berusaha tetapi gagal. Itu bukan kehendaknya dan rezekinya setakat itu sahaja, tetapi sikap si ayah membunuh jiwa dan terpahat di ingatannya sampai tua.

BERTAUBAT SEBELUM MELARAT

Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya anak derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu. Walaupun ibu sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.

Allah maha pengampun dan luaskan rahmatNya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram. Lebih teruk lagi, Allah tunjukkan dalam bentuk bala. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu?

Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi jalin hubungan yang baik kerana hayat orang tua bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita.

HUBUNGAN DENGAN BAPA

Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak.

Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetàpi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi sunuh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa.

Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenannya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua.

USAH DERHAKA KEPADA MENTUA

Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendini. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga?

Ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung.

Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua Rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar.

Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail, suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya.

Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik isteninya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya.

Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.

Ibu-ibu tolong maafkan anak-anak dan doakan keselamatan mereka. Memang anak-anak yang degil dan tidak mendengar kata, itu ujian Tuhan. Berdoalah kepada Allah semoga bila usia anak meningkat perangainya berubah. Jika masih tidak berubah, berdoa lagi moga-moga berubah selepas kahwin Sekiranya tidak berbeza, sebelum meninggal tulislah wasiat kepada anak-anak.

Jangan tinggal sembahyang dan jadilah anak yang soleh. Ibu-ibu juga amalkan surah Toha ayat satu hingga enam kerana ia mujarab melembutkan hati anak-anak.

Note: Azam dan semangat baru untuk diriku. Insyallah.


Sekolah nak bukak..

Pejam celik tinggal lagi 11 hari sesi persekolahan 2011 nak bermula..maknanya diriku pun akan memulakan hari kerja semula. no more extra time to guling-guling, layan astro, surf internet dan layan anak-anak.

Sekolah dah nak bukak tapi 1 benda pun tak beli lagi. Hello my Mr.Ex bila nak bawak anak-anak beli barang sekolah??? Makin kritikal kewangan my Mr.Ex ni sejak dah kahwin and dah ada anak ni. Dah muak dengar berbakul-bakul alasan. Actually bukannya my Mr.Ex ni teruk sangat, cuma lately ni selalu buat outstanding bab nafkah anak-anak. Nak kata takde duit langsung, don't think so. Firasat diriku dok rasa ni sure Mem yang control cos sekarang my Mr.Ex nak bawak anak-anak outing 1x sebulan pun payah. Cuti sekolah ni lagi la..

Sometimes diriku kesian dengan anak-anak dalam usia yang sangat muda dah kehilangan ayah...actually hilang dengan hati yang rela. Diriku redha kalau itu yang dah tertulis..tapi mana hilang sayang seorang ayah pada anak-anak? Macamana lah sekarang dah ada kes si Tanggang kalau macam my Mr.Ex ni punya perangai. Diriku cuba yang terbaik bagi persepsi yang positif pada anak-anak.

Imej Bapa@Suami Idaman





Yang mana satu? Jangan tersalah pilih..

Tanggungjawab sebagai seorang bapa


BAPA = Bapa Adalah Pelindung Amanah. Syukur ke hadrat Allah swt kerana hidup kita dilindungi oleh seorang lelaki yang bergelar bapa, ayah, abi, papa, daddy, walid.

Tarikh: Khamis, 29 Julai 2004 @ 9:58:52
Topik: Umum



Sebaik sahaja seorang lelaki yang telah akil baligh berumahtangga maka terpikul di bahu mereka pelbagai tanggungjawab yang diamanahkan untuk mereka laksanakan.

Lelaki yang telah berkahwin bertanggungjawab mengetuai keluarganya serta menjadi suami dan bapa kepada anak-anak yang lahir daripada perkahwinan itu.

Malah, tanggungjawab seorang anak lelaki terhadap kedua ibu bapanya juga tidak akan berakhir walaupun beliau telah berkahwin.

Sebagai ketua keluarga, seseorang lelaki yang bergelar suami dan bapa mempunyai peranan dan tanggungjawab yang sangat besar dalam memberi dan menyediakan nafkah kepada isteri dan anak-anak.

Mereka perlu menyediakan keperluan asas keluarga seperti makanan, pakaian, tempat tinggal dan pendidikan.

Menurut Perunding Cara Kekeluargaan dan Keagamaan, Shafiee @ Sapien Khatib Jali, seorang suami perlu memastikan makanan yang diberikan kepada ahli keluarganya adalah berkualiti dan halal, memastikan pakaian yang dipakai oleh ahli keluarga sempurna dan menutup aurat, memberikan tempat tinggal yang selesa dan selamat serta memberikan pendidikan fardu ain dan kifayah kepada ahli keluarga.

``Seorang bapa yang baik ialah mereka boleh menjadi pemimpin, mo del ikutan serta contoh yang baik kepada anak-anaknya.

``Justeru, untuk menjadi seorang pemimpin dan model ikutan yang baik, seorang bapa perlu menjadi pendidik dan berpegang kuat kepada disiplin bagi mewujudkan unsur-unsur kemesraan di dalam keluarga dengan menunjukkan contoh yang terbaik, lahir dari dalam diri,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah `Strategi Kebapaan Efektif' pada kursus bulanan pembangunan keluarga untuk orang awam anjuran Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN), baru-baru ini.

Selain itu, menurut Shafiee lagi seorang suami dan bapa juga bertanggungjawab menjadi pelindung keselamatan kepada semua ahli keluarganya.

Malangnya, pada masa sekarang terdapat sebahagian kecil bapa yang sanggup menodai anak kandung mereka.

Terdapat juga bapa yang terlalu garang sehingga anak-anak takut hendak berdekatan dengan bapa mereka dan tidak kurang juga suami yang hanya menjalankan tanggungjawab mencari sumber pendapatan semata tetapi menyerahkan tanggungjawab menjaga anak sepenuhnya kepada isteri.

Dalam pada itu beliau juga memberitahu sebagai seorang suami mereka perlu bergaul dengan isteri mereka secara baik, sentiasa bersabar, memberikan nafkah batin dan merahsiakan hubungan kelamin.

``Seorang suami juga perlu mendidik isteri, memberi mahar, menyediakan tempat tinggal yang layak, memberi nafkah (sara hidup) serta tidak mencampuri isterinya ketika isteri sedang haid,'' katanya.

Beliau juga sempat memberikan beberapa panduan kepada suami untuk menjadi seorang suami yang berkaliber.

Katanya, seorang suami perlu meletakkan matlamat dan visi yang perlu dicapai keluarga agar keluarga berkenaan sentiasa berada dalam keadaan bahagia.

Malah, suami perlu menjadi pemimpin yang berwibawa untuk memimpin keluarga ke jalan yang benar, merangsang keluarga agar lebih komited dalam menempuh hidup, bijak, sabar, sentiasa cuba memenuhi keperluan keluarga, bertoleransi, bertanggungjawab dan menjaga kebajikan keluarga.

``Seorang suami juga tidak boleh mencemuh atau menyalahkan isteri sekiranya berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini. Suami tidak boleh merungut semasa atau selepas membantu isteri, tidak mengamalkan sikap mementingkan diri sendiri, tidak mengambil sikap acuh tidak acuh atau tidak peduli terhadap isteri, bertolak ansur dan sedia membantu isteri dalam apa jua perkara,'' katanya.

Seorang suami yang baik harus memahami kekuatan dan kelemahan isteri, ikhlas ketika membantu dan bersikap empati.

``Suami yang memahami kekuatan isteri membantunya dengan memberikan semangat serta bantuan fizikal dan material diberikan oleh suami ketika isterinya berada dalam keadaan `lemah','' katanya.

Shafiee menjelaskan betapa pentingnya seorang suami menghormati isteri, tidak pernah lupa untuk mengucapkan terima kasih, benar-benar mendengar semasa isteri sedang bercakap, menguruskan rumah tangga dengan semangat sepasukan, mementingkan pendapat isteri serta berlaku adil dengan isteri.

Sebagai lelaki yang bergelar bapa pula, mereka wajib memberi nafkah, menjaga anak, memimpin, mendidik, menasihat mendisiplin dan memberikan kasih sayang kepada anak-anak mereka.

``Jika boleh sentiasa menghabiskan masa bersama anak-anak, beriadah dan berekreasi bersama mereka, menjauhkan keluarga dari persekitaran yang tidak sihat, menjadi teman kepada anak-anak dan mengawal anak-anak menggunakan disiplin.

``Tiga strategi untuk `mendisiplin-kasih' anak-anak ialah dengan cara mengukuhkan hubungan ibu-bapa dan anak secara profesional, komunikasi yang berkesan serta pendekatan psikologikal,'' ujarnya.

Sebagai anak pula, golongan ini juga perlu bertanggungjawab terhadap ibu bapa, memberi sumbangan kepada mereka, membantu, menziarah serta menjalin hubungan mesra dengan sanak saudara.

Oleh Rosmah Dain

Sumber: Utusan Online (29/07/04)

Dengan dunia yang semakin moden dan mencabar seperti sekarang, tak mustahil tetapi SUKAR nak dicari....