Powered By Blogger

Saturday, April 9, 2011

Idea-idea untuk kerja sendiri

Untuk tahun ni ai dah pasang niat nak ber"bisnes" bila cukup modal nanti. Nanti tu bukan esok@ lusa, 2,3@4 bulan punye nanti..n modal tu bukanlah modal ribu-riban. Lagi bagus kalau modal tu bawah rm500.00, tu yang seminggu dua kepala ai dok berpikir. Ini yang bermain-main kat pikiran ai..kalau:
  1. meniaga makanan~banyak jenis makanan yang tak sedap pun boleh jual. tapi ai tak nak lah sekejam tu n ai sedar sendiri ai masak untuk makan anak-beranak okaylah. Risiko cuaca yang tak menentu sekarang, lagipun kot tak abis@tak laku dah rugi pulak. REJECT.
  2. meniaga pakaian, tudung,aksesori@blog~dah banyak yang buat n modal pun besar. kena ambil cara borong n standby modal untuk rolling. LECEH.
  3. meniaga hamper~okay jugak tapi kena ada banyak contact. Hamper ni nak kata bermusim taklah sangat cuma kat Malaysia ni pasaran tinggi time2 perayaan aje. Idea kena banyak, kena kreatif pastu kena rajin promote. REJECT.
  4. meniaga barangan kraf ~ sekarang dah jadi trend n boleh jual kat flea market @ blog. Ni pun nak kena kreatif @ standby modal ambil dari luar. REJECT.
  5. menjahit baju kurung/langsir/sarung bantal~yang ni memang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas cuma ai takde kemahiran. Tapi ai dah daftar kat Kolej Komuniti ambik kelas menjahit asas hujung bulan ni. Tak mahal uols..rm21 aje. DIPERTIMBANGKAN.
  6. menjual barang keperluan untuk menjahit/mengait~untuk sesiapa yang kat luar sana yang hobinya menjahit/mengait n keperluan tu tak ada dijual di kawasan berhampiran. NOT BAD.
  7. daftar Survey ~ ai rajin tengok kat asiaparttime.com. kalau rasa sesuai boleh daftar nanti diorang akan provide location etc. Survey ni diorang bayar depend pada product apa n biasanya ambik masa dalam 45 min - 2 jam n COD. OKAY.
  8. buat day care (transit)~jaga budak2 lepas abis Tadika/SK. Tak payah ramai sangat, dalam 10 orang pun dah cukup so tak ada kena prosedur daftar JKM. Biasa kalau Tadika caj RM150 seorang n SK caj RM120 seorang. Tapi kenalah cari seorang pembantu untuk tolong. Bgi gaji RM500 rasanya OK KOT?
  9. transport budak sekolah~ni pun okay sebab tak leceh cuma tangan pegang stering. Sesuai sangat untuk yang ada van kat rumah tapi tak bergerak. Kalau pakai kereta pun boleh cuma tak ramai la boleh angkut. Kalau area dekat biasa dalam RM25, jauh sikit RM50 n kalau di luar kawasan RM100-120. PUN OKAY.
Macam ai yang jadi mak n ayah ni cukup berat hati kalau tak nampak anak2 depan mata. Kekadang terlintas jugak hati ni nak kerja office balik macam dulu tapi bila dipikir dalam2 ai rasa dah tak sesuai untuk ai. At least sambil ai buat kerja ai still boleh ambik perhatian kat anak2 ai n kos hantar nursery pun takde. Sebenarnya pucuk pangkal hati. Kalau hati tu kuat dan cekal apa sekalipun rintangan semuanya bisa ditanggung beres..

Sunday, March 27, 2011

Allergic ke Ai??



Ai tak sangka pulak ai allergic dah umor2 30's ni. Yang ai tau allergic dengan L.E.L.A.K.I. Rutin masak ai kat rumah tiap minggu memang wajib ada udang@sotong@ketam. Tapi minggu ni badan ai jadi gatal2, kalau ai garu timbul bintik2 merah. Selama ni okies aje. Ai jadik konpius..ni dah 3 ari ai protes x masak n x makan seafood tapi ai makan ayam. Gatal jugek.. Ai try sapu minyak gamat kurang la sikit. Nanti i nak try guna calamine lotion pulak..nak tengok camne. Kalau tak okies gak ai nak kena pegi berendam kat Air Panas, Setapak la jawabnye. Ai tensi..

MSG oh MSG..

MSG tu dipendekkan citer camni rupenye..Si Penyedap Rasa..bukan Madison Square Garden ye uolls.

Mudah didapati di dalam banyak hasil makanan yang paling umum di Amerika Syarikat, seperti yang berikut: Bagaimanapun, sebuah laporan yang ditempah oleh FDA pada tahun 1995 mengakui bahawa "sebahagian penduduk yang jumlahnya tidak diketahui mungkin boleh terjejas oleh MSG dan mengembangkan kompleks gejala MSG, suatu keadaan yang dicirikan oleh satu atau lebih gejala yang berikut:

Persoalan-persoalan yang menyelubungi implikasi-implikasi kesihatan terhadap pengambilan MSG telah merupakan sebuah tajuk untuk banyak perdebatan. Terdapat banyak bukti anekdot yang membayangkan kesan-kesan kesihatan yang negatif, tetapi kesemua ini masih belum disokong oleh penyelidikan-penyelidikan yang diiktiraf.

Pada April 1968, Dr. Ho Man Kwok menulis sebuah makalah untuk Jurnal Perubatan New England yang berkata:

Saya telah mengalami suatu sindrom yang pelik setiap kali saya makan di restoran Cina, khususnya di restoran yang menghidangkan makanan Cina utara. Sindrom itu yang biasanya bermula 15 - 20 minit selepas saya makan hidangan pertama berlangsung selama lebih kurang dua jam, tanpa sebarang kesan terbawa-bawa. Gejala-gejala yang paling ketara ialah kekebasan pada tengkuk saya yang beransur-ansur terpancar ke kedua-dua lengan serta juga bahagian belakang saya, selain daripada kelemahan umum, dan palpitasi... .
Ulasan ini memulakan perasaan takut akan MSG dan "sindrom restoran Cina". Banyak penyelidikan telah gagal mendapat sebarang sindrom yang berkait dengan MSG (atau sebarang kesan kesihatan yang negatif), dan sindrom restoran Cina umumnya telah diketepikan sebagai sebuah mitos. Walaupun demikian, kerosakan telah dilakukan dan MSG masih disyaki oleh sebilangan besar orang ramai, dengan banyak makanan terus menggunakan label "MSG bebas".

http://ms.wikipedia.org/wiki/Monosodium_glutamat

Mana2 kita pergi pun, MSG sentiasa setia menanti. Nak buat macamana..Yang penting bila kat rumah ai masak tak guna Mak Aji..ai guna oyster sauce Nona, boley??

Saturday, March 26, 2011

Elak semut masuk dalam air

kat rumah ai kebelakangan ni banyak semut. x tau dari mana datangnya. puas jugak la buat macam2 cara nak elak semut masuk kat air yang dah dimasak..

sampai ai dah tension x tau nak buat apa ai letak air atas dapur gas..sebab dah xde tempat nak letak. hasilnya ~ confirm x ada semut.semut x berani naik sebab atas dapur gas ada minyak. cuba..

Udang Kung Pao















*
1/2 kilo udang (M/L)
* 1 biji telur (ambil putih sahaja)
* 1 /2 sudu teh garam
* 2 sudu teh tepung jagung
* 3 sudu makan pati ayam
* 2 sudu teh cuka makan
* 1 sudu makan kicap
* 1/2 sudu teh gula pasir
* 1 cawan minyak masak
* 6 hingga 8 cili merah /cili kering

*1
sudu teh halia cincang
**Kalau nak sedap lagi campurkan sedikit bawang besar/karot/capsicum dipotong dadu

Cara Memasak:
Udang yang dah dibuang kulit dibasuh dan ditapis. Pukul putih telur sampai nampak ringan. Pastu gaul udang dengan garam, putih telur dan tepung jagung selama 15 minit.

Dalam mangkuk kecil, campur pati ayam, cuka, kicap dan gula.

Panaskan minyak dan masukkan udang sebentar sampai udang bertukar warna. Keluarkan dari kuali.

Kemudian tumis bahan dalam mangkuk kecil pada api kecil dan masukkan bawang besar, karot, capsicum dan halia cincang dan tumis sampai naik bau dan sedikt garing. Masukkan udang yang telah digoreng tadi dan sebatikan. Lepas tu boleh dihidang

Quick Preparation Meal..


We love to cook and eat good food. Tapi ada masa mood nak memasak tu kekadang mendap @ disebabkan diet. Ada beberapa cara yang kita boleh buat :
  1. Pasta Salad ~ tak semestinya kena ada daun salad baru boleh buat. Kalau tak ada ganti dengan timun/cherry tomato dan potong sedikit bawang. Sementara tu boleh rebuskan 1 cawan pasta dalam air mendidih. Kemudian campurkan dengan isi ayam (direbus) @ tuna dalam tin dan perisakan dengan dressing thousand island@yogurt.

Tips Untuk Dapur@Rumah

Bab2 dapur@rumah ni semua serah kat kita sebagai kaum ibu. Punyalah menimbun barang2 dalam rumah nak kena jaga. Kat sini ai nak bagi tips@petua untuk dapur@rumah kita ya. Ai dapat ni pun kat dalam web, ada yang dah try ada yang belum...Jom!!

Serba-Serbi Tips :

  • Tahukah Anda, akan lebih mudah dan bersih menggunakan benang gigi (dental floss) untuk memotong cheese cake atau keju daripada menggunakan pisau?
  • Supaya kentang yang dimasak dalam oven menjadi lebih cepat masak, rendamlah terlebih dahulu di dalam air yang telah dicampur garam secukupnya selama 20 minit.
  • Jika memasak, mulakan dengan menumis bawang merah dan bahan lain, kemudian yang terakhir baru masukkan bawang putih. Ini untuk mencegah bawang putih menjadi hangit dan menimbulkan rasa pahit pada masakan.
    • Untuk memastikan telur ayam yang direbus itu elok, masukkan telur ke dalam air yang penuh. Bila tenggelam bererti telur masih baru dan baik. Bila terapung bererti telur sudah agak lama.
    • Bila telur direbus kemudian pecah dan putihnya keluar, segera masukkan sedikit garam atau cuka ke dalam air rebusan, untuk menghentikan putih telur mengalir dan memadatkan kuning telur.
  • Bersihkan sikat dengan cara merendamnya ke dalam air panas yang sudah dicampur dengan baking soda.
  • Agar karpet di rumah tetap segar dan bersih, taburkan baking soda di atas karpet dan biarkan selama 1 jam. Setelah itu, bersihkan dengan vakum.
  • Untuk membersihkan oven, gunakan sodium bikarbonat yang telah dicampur air. Gosokkan pada dinding serta dalam oven kemudian adjust suhu oven tersebut dengan paling terendah selama 30 mionit. Insyallah, sisa-sisa makanan yang melekat menjadi kering dan lebih mudah dibersihkan.
  • Untuk menghilangkan kesan minyak yang terkena pada baju masa memasak cepat2 taburkan dengan bedak dan bilas dengan air.
(sumber: tabloidnova,no.904-20.Juni 2005)